Anda tahu tak cara macam mana nak bezakan antara beg tangan berjenama dari outlet ataupun dari butik? Jika anda ingin tahu, terdapat banyak perbezaan yang anda boleh lihat. Antaranya, beg tangan outlet mempunyai harga yang lebih murah berbanding harga beg tangan butik yang jauh lebih mahal. Perbezaan harga ini disebabkan oleh penggunaan material yang berlainan. Selain itu, beg tangan butik mempunyai lebih banyak pilihan design berbanding beg tangan outlet yang pilihannya terhad.
Jika anda membeli beg tangan anda dari butik, maka ia akan datang sekali dengan dustbag. Manakala jika anda membeli dari outlet tiada dustbag yang anda akan dapat. Arasso?
Mana nak dapat dua jenis beg ni? Okay! Beg tangan outlet anda boleh dapatkan di beberapa tempat contohnya, Johor Premium Outlet (JPO), Genting Premium Outlet (GPO) dan Mitsui Outlet Park.
Seterusnya, beg tangan butik boleh didapatkan di pusat beli – belah seperti Midvalley Southkey, Suria KLCC dan Pavillion. Kebanyakan beg tangan yang dijual di outlet – outlet biasanya digunakan untuk dipakai secara kasual. Beg tangan yang dijual di butik adalah beg tangan yang ekslusif.
Okay kita masuk part PALING BEST ! Apalagi yang best selain SALE !!!!!! Kalau anda nak tahu jika anda membeli beg tangan di butik, butik jarang mengadakan diskaun. Tetapi untuk barangan outlet, outlet akan selalu memberikan diskaun untuk pelanggannya dan ada juga tambahan diskaun yang istimewa. Bertambah murah beg tangan hakak.
Last but not least, setiap beg ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Jom tengok contoh beg tangan outlet menggunakan hardware yang lebih ringan dan interior pocket yang lebih sedikit berbanding beg tangan butik yang menggunakan zipper YKK dan interior pocket yang lebih banyak.
Untuk rujukan selebihnya, anda boleh layari link yang disediakan oleh kami.
Watch on TikTok
Watch on TikTok