SELECT BUY NOW PAY LATER DURING CHECKOUT TO PAY IN INSTALLMENT USING ATOME OR GRAB PAYLATER Learn More

Cara Jaga Handbag Berjenama dengan Betul

Sayang kan kalau anda dah spend duit beratus ringgit untuk beli handbag berjenama anda tapi anda tak dapat pakai lama sebab beg anda cepat rosak? Dalam artikel ini, team Amory nak terangkan bagaimana cara untuk menjaga handbag branded dengan betul.

Yang pertama, pastikan bentuk bag anda sentiasa dalam keadaan sama seperti keadaan yang asal. Letakkan kertas ke dalam bag anda supaya bentuk bag anda sentiasa dalam bentuk yang cantik, sama seperti yang asal. Jangan letakkan kertas yang terlalu banyak dan jangan pula terlalu sedikit ya. Sekiranya kertas yang dimasukkan terlalu banyak, ia boleh menyebabkan bag anda ‘out of shape’.

Yang kedua ialah jangan bersihkan bag anda dengan cara yang agak kasar. Contohnya, jangan masukkan bag ke dalam mesin basuh atau membersihkan beg anda dengan berus yang tajam. Ia boleh menyebabkan bag anda akan rosak & warna bag anda bertukar warna. Sekiranya anda ingin membersihkan bag, anda boleh menggunakan wet tissue yang tidak mempunyai alkohol supaya bag anda lebih tahan lama.

Selain itu, jangan sesekali gantung bag anda kerana ia boleh menyebabkan leather di bahagian pemegang atau tali beg mudah merekah. Bentuk pemegang dan tali beg juga akan berubah menjadikan ianya tidak cantik lagi untuk dipakai.

Seterusnya, elakkan beg anda dari sinaran cahaya terutamanya cahaya matahari supaya bag anda tahan lama dan tidak akan mudah merekah. Jika beg anda terdedah dengan cahaya matahari, warna bag yang berwarna terang akan menjadi warna yang gelap dan hardware pada bag mudah menjadi pudar terutamanya hardware yang berwarna gold.

Kelima ialah jangan gunakan plastik untuk dimasukkan ke dalam bag anda dan jangan letakan bag ke dalam beg plastik juga ya. Plastik akan merosakan bag leather anda kerana plastik boleh melekat pada leather bag anda terutamanya jika cuaca terlalu panas.Sebaliknya gunakan dust bag untuk elakkan segala habuk dan kotoran melekat kat beg.

Anda juga hendaklah sentiasa simpan bag dalam keadaan menegak. Pastikan anda simpan di kawasan atau rak yang rata dan kosong. Jangan simpan di permukaan yang berbulu seperti karpet. Pastikan kawasan penyimpanan beg anda bersih dan tiada habuk yang boleh melekat pada bag anda

.

Tambahan lagi, anda boleh meletakkan organizer di dalam beg anda. Organizer boleh membantu anda untuk mengelakkan bahagian dalam dari terkena kotoran kosmetik dan pen.

Tips ini ramai yang tak tahu. Anda perlu sentiasa zip dan lock bag sebelum bag disimpan supaya bag anda kelihatan lebih kemas. Anda juga perlu elakkan beg anda bertindih dengan beg yang lain supaya bag anda tidak rosak dan tahan lebih lama.

Akhir sekali, anda digalakkan untuk menggunakan leather moisturizer atau leather cleaner. Anda disarankan untuk membersihkan bag anda 3 bulan sekali. Gunakan kain mikrofiber, lap beg anda menggunakan leather cleaner dan biarkan beg anda kering. Hasilnya, bag anda akan lebih berkilat, cantik dan tak mudah koyak.

Itu sahaja tips dari team Amory. Anda hendaklah rajin jaga bag anda tau supaya satu hari nanti jika anda ingin menjual semula bag anda atau pakai balik bag yang sekian lama anda simpan, bag itu masih dalam keadan yang baik dan cantik!

Related Posts

Search Products:

Search Products: