SELECT BUY NOW PAY LATER DURING CHECKOUT TO PAY IN INSTALLMENT USING ATOME OR GRAB PAYLATER Learn More

Tips Elak Tertipu dengan Personal Shopper

Hye kakak abang yang bijak berbelanja. Kita ni kalau nak shopping dengan PS kena bijak tau. Jangan mudah tertipu, nanti buat bazir duit ajerrr. Jadi dekat sini ada beberapa tips yang Amory boleh kongsikan.

Pertama sekali, pastikan PS tersebut ada ‘refund policy’ or moneyback guarantee if proven fake. Di Amory, Amory provide 2x moneyback guarantee if proven fake. Walaubagaimanapun, akak-akak masih perlu tengok tips-tips yang seterusnya kami nak share ni sebab sekarang PS palsu pun boleh mention yang mereka ada moneyback guarantee.

Okay, seterusnya adalah PS tersebut perlu ada bukti pembelian di outlet atau butik US. Contohnya, gambar-gambar mereka di outlet negara sana. Jika bukan gambar mereka sekalipun, sekurang – kurangnya gambar yang membuktikan mereka sememangnya dapatkan beg berjenama dari sana.

Tips ketiga, pastikan anda check harga item yang anda nak beli di website official. Jika TERLALU MURAH it’s a red flag. Faktor yang menyebabkan beg itu terlalu murah adalah kerana penggunaan material yang kurang berkualiti. Ini akan menyebabkan anda tak dapat menggunakan beg berjenama anda dalam tempoh yang lama.

Selain itu, jangan tertipu dengan bilangan followers di social media. Kita tak tahu sama ada followers yang seller itu ada adalah aktif followers ataupun followers yang dibeli. Selain dari itu, boleh juga lihat komen – komen yang ada di posting seller tersebut.

Tips kelima, pastikan ada banyak review dari customer seller tersebut dan baca review dari seller tersebut. Kenalpasti ia adalah review yang original bukan review yang dicuri atau dibuat – dibuat sahaja.

Seterusnya, buat research tentang item yang nak dibeli. Contohnya, gambar, material dan saiz. Anda juga perlu tahu perbezaan butik dan outlet. Contohnya, beg butik akan dapat dustbag tetapi tidak untuk barangan outlet di US.

Semasa membeli pastikan anda tak dapat item yang full set jika beli dari PS US kerana kebiasaannya yang dapat full set adalah fake PS.

Last but not least, pastikan anda tahu atau kenal dengan siapa anda deal. Contoh di Amory anda akan contact Puan Amal untuk urusan jual beli.

Nak cari PS yang trusted? Amory kan ada!

Related Posts

Search Products:

Search Products: