SELECT BUY NOW PAY LATER DURING CHECKOUT TO PAY IN INSTALLMENT USING ATOME OR GRAB PAYLATER Learn More

6 Kesilapan Terbesar Wanita Apabila Membeli Handbag Berjenama

1.Tidak Membuat Kajian Seller Menjual Handbag Fake atau Original

Terdapat beberapa ciri-ciri seller yang menjual barangan fake. Contohnya adalah:

  • Seller menjual handbag dengan harga yang terlalu murah
  • Seller menawarkan beli 1 percuma 1 (ini merupakan modus operandi terbesar scammer)
  • Seller claim barang dari “direct kilang” atau “reject kilang”
  • Seller manipulate customer dengan mengatakan pelanggan hendaklah membayar insurans RM500 pada kastam supaya barang dapat ‘release’ dari kastam
  • Semua design handbag seller jual dengan harga yang sama

 

2.Beli Handbag Sebab Ikut Trend

Anda mesti segan kan nak pakai beg yang dah tak menjadi trend sekarang? Contohnya adalah beg jenama Playnomore dari negara Korea. Pastikan anda beli handbag yang anda boleh pakai dalam jangka masa yang lama tau!

3. Tidak Tahu Cara Menjaga Beg dengan Betul

Sebenarnya beg berjenama ada cara yang khusus tau untuk dijaga. Contohnya:

  • Anda hendaklah menggunakan leather cleaner untuk membersihkan beg anda 3 bulan sekali.
  • Jangan simpan beg anda di dalam dustbag dalam tempoh yang terlalu lama untuk elakkan beg anda rosak. Anda hendaklah pakai beg anda sekali sekala.

 

4. Beli Dari Sumber yang Tidak Dipercayai

Jangan terpedaya dengan bilangan followers di social media ya. Sebelum nak beli handbag berjenama, anda hendaklah memeriksa background seller & pastikan feedback dari pelanggan seller tersebut adalah feedback yang dipercayai &  bukan dibuat-buat.

 

5.Tidak Peduli Tentang Moneyback Guarantee & Refund Policy

Trusted & good seller akan bagi moneyback guarantee jika terbukti fake. Proses untuk refund juga mudah jika terjadi isu apa-apa.

6. Tidak Mengkaji Jenis Material Handbag

Handbag berjenama ada juga yang tidak diperbuat dari material leather tau. Contohnya material signature coated canvas. Jangan suka-suka ya anda nak bakar beg anda untuk tahu beg anda itu original atau fake. Kalau anda bakar beg material signature coated canvas, sudah semestinya beg anda akan ‘failed the test’.

 

Elakkan kesilapan ini dengan mencuba servis dari Amory! Your trusted personal shopper since 2014 🙂

 

Related Posts

Search Products:

Search Products: