SELECT BUY NOW PAY LATER DURING CHECKOUT TO PAY IN INSTALLMENT USING ATOME OR GRAB PAYLATER Learn More

Cara Pilih Handbag Berdasarkan Bentuk Badan

Assalamualaikum & hi! 🙂 Harini Admin nak cerita tentang cara pilih handbag ikut bentuk badan. Cara pilih handbag pun kena betul tau! Baru la boleh jadi wanita yang cantik & berkeyakinan!

Pernah tak situasi ni jadi pada anda? Anda tengok satu handbag tu, fuhhh bila model pakai… wahhhh lawa sangat! Tapi bila anda dah beli & pakai nampak tak nice pula.  Akhirnya, anda peram je beg tu sampai rosak & berkulat sebab lama tak digunakan. Kalau situasi ni pernah terjadi kepada anda, anda kena belajar cara yang betul untuk pilih handbag berdasarkan bentuk badan anda ok!

Bentuk badan ada banyak jenis tau. Ada 5 kesemuanya. 5 bentuk badan tersebut adalah apple shape, pear shape, rectangle shape, triangle shape & hourglass shape.

Pertama sekali, anda kena tahu bagaimana cara untuk tahu bentuk badan anda yang mana satu. Cara-caranya adalah :

  1. Ambil pita pengukur
  2. Ukur bahu, pinggang & punggung anda
  3. Catat setiap ukuran bahu, pinggang & pinggung anda
  • Kalau ukuran PINGGANG anda paling BESAR, anda mempunyai bentuk badan APPLE.
  • Kalau ukuran PUNGGUNG paling BESAR, anda mempunyai bentuk badan PEAR.
  • Kalau semua bahagian mempunyai SAIZ yang SAMA, anda mempunyai bentuk badan RECTANGLE.
  • Kalau ukuran BAHU paling BESAR, anda mempunyai bentuk badan TRIANGLE.
  • Kalau BAHU sama saiz dengan PUNGGUNG & PINGGANG anda paling KECIL, anda mempunyai bentuk badan HOURGLASS.

Jadi, dah dapat tahu ke anda bentuk badan yang mana satu? Anda boleh baca tips seperti di dalam gambar di bawah ya.

Terima kasih kerana sudi membaca tips ini! 🙂 Harap bermanfaat ya!

Related Posts

Search Products:

Search Products: