SELECT BUY NOW PAY LATER DURING CHECKOUT TO PAY IN INSTALLMENT USING ATOME OR GRAB PAYLATER Learn More

Betul Ke Button Coach Takda Lubang & Bukan Guna Zipper YKK Tu Fake?

Beberapa bulan yang lepas, team Amory dapat aduan dari seorang pelanggan Amory yang mengatakan beg yang Amory jual adalah fake. Hal ini disebabkan oleh button pada beg Coach yang beliau beli tiada lubang & beg tersebut tidak menggunakan zipper YKK. Untuk pengetahuan anda, beliau membeli beg Coach Klare Crossbody seperti gambar di bawah.

 

Disebabkan itu, Team Amory telah membuat kajian di Coach Outlet Malaysia untuk membezakan beg Coach Klare yang dibeli di Outlet USA dan juga Outlet Malaysia. Video penuh seperti di bawah :

@amory.hq

BUTTON COACH TAKDA LUBANG & BUKAN GUNA ZIPPER YKK TU FAKE? Dari video ni kami dapat buktikan beg Coach Klare yang kami jual (beli di Coach Outlet USA) sama je dengan beg Coach Klare yang dijual di Coach Johor Premium Outlet (JPO). Bezanya hanya dari segi harga sahaja. Like video ni kalau anda rasa bermanfaat! #fyp #personalshopper #personalshoppermalaysia #personalshopperusa #handbag #handbagbranded #handbagtiktok #handbagbrandedoriginal #handbagbrandedmalaysia #coach #coachhandbag #coachklare #coachklarecrossbody

♬ original sound – AMORY | PS BRANDED HANDBAG USA – AMORY | PS BRANDED HANDBAG USA

Untuk pengetahuan anda Coach ada beberapa jenis zip bukan YKK sahaja tau. Antaranya ialah cursive C iaitu lingkaran “C”, Kosong, YKK, 2 dan Ideal.

Sebenarnya berdasarkan kajian kami, closure pada beg Coach ada 4 jenis sahaja iaitu Snap Button Closure, Magnetic Snap Button Closure, Turnlock Closure dan Zipper Closure. Snap Button Closure biasanya digunakan pada wallet Coach manakala magnetic snap button closure pula ada yang jenis tiada lubang dan ada yang ada lubang. Yang tiada lubang pula ada 2 jenis iaitu ada awning dan tiada awning. Contohnya adalah turnlock closure dan zipper closure. (Untuk gambar boleh refer video ya)

Konklusinya, untuk anda mengetahui samaada seseorang personal shopper itu menjual barangan original ataupun tidak, anda boleh datang sendiri ke Outlet di Malaysia contohnya macam Johor Premium Outlet untuk anda buat perbandingan sendiri ya.

Related Posts

Search Products:

Search Products: