Siapa je tak tahu jenama beg Michael Kors yang terkenal dengan kualiti dan jenama nya? Jangan terkejut tau sebenarnya bag Michael Kors ada dua jenis iaitu Michael Kors BUTIK dan Michael Kors OUTLET. Kedua-kedua bag tersebut mempunyai beberapa perbezaan yang tersendiri.
1. TULISAN MICHAEL KORS
Perbezaan yang pertama adalah dari segi tulisan Michael Kors yang ada pada bag tersebut. Beg Michael Kors BUTIK mempunyai logo Michael Kors pada beg yang ditulis secara jarak-jarak dan kemas. Manakala beg Michael Kors OUTLET mempunyai logo Michael Kors pada bag yang ditulis dengan lebih rapat.
2. ZIPPER
Yang kedua adalah perbezaan dari segi zipper. Zipper beg Micheal Kors Butik lebih tebal berbanding beg Micheal Kors Outlet. Zipper beg Michael Kors Outlet lebih nipis.
3. LINING
Perbezaan ketiga adalah pada permukaan lining di dalam bag. Beg Michael Kors BUTIK mempunyai gambar chain pada lining dalam bag tersebut berbanding beg Micheal Kors Outlet pula hanya ada tulisan Micheal Kors & tiada gambar chain pada lining bag.
4. HARDWARE
Seterusnya perbezaan beg Michael Kors Butik dan Outlet ialah dari segi hardware. Hardware untuk beg Michael Kors Butik lebih berat manakala beg Michael Kors Outlet lebih ringan.
5. AKSESORI
Aksesori pada beg juga boleh membezakan beg tersebut adalah beg Michael Kors BUTIK atau Michael Kors OUTLET. Micheal Kors BUTIK mempunyai aksesori tambahan sebagai contoh Tassel manakala Micheal Kors Outlet tiada aksesori tambahan.