SELECT BUY NOW PAY LATER DURING CHECKOUT TO PAY IN INSTALLMENT USING SPayLater OR mobypay PAYLATER Learn More

promotions

promotions

SOALAN LAZIM (FAQ) :

https://vt.tiktok.com/ZSRytr1L3/

Amory ialah sebuah syarikat berdaftar di Malaysia yang menjual semula barangan berjenama original. Kami bukan ejen, ‘affliate’, pekerja, wakil jualan atau pengedar sah mana-mana pereka, jenama atau pengilang. Semua tanda dagangan dan hak cipta adalah terpelihara kepada pemegang jenama asal.

Untuk pengetahuan anda, kami mempunyai ‘team shopper’ yang tinggal di Amerika Syarikat dan USA yang sentiasa memburu sebarang ‘sale’ di butik dan ‘outlet’ di Amerika Syarikat dan USA.

Kami sangat mementingkan originaliti jenama yang kami jual. Semua produk yang dijual di Amory kami dapatkan terus dari sumber jenama asal, terutamanya dari butik dan ‘outlet’ dari Amerika Syarikat dan USA. Kami hanya menjual 100% barangan original dan kami memberikan jaminan wang dikembalikan sekiranya barangan kami terbukti palsu oleh ‘outlet’ atau butik rasmi di Malaysia.

Anda boleh membawa produk yang anda beli daripada kami ke ‘outlet’ di Malaysia atau mana-mana kedai yang sah dan membuat perbandingan dengan barangan yang dijual di sana, atau merujuk kepada kakitangan untuk mengesahkan ketulenan produk kami.

Sila catatkan butiran berikut:-
Lokasi stor :
Nama kakitangan:
Nombor ID kakitangan:
Tarikh :
Sila ambil video dan foto semasa proses semakan pengesahan.

Jika terbukti palsu, sila e-mel kepada kami dengan semua bukti dan butiran yang kami minta dilampirkan.

Kami tidak boleh menjanjikan bahawa anda akan mendapat ‘gift receipt’ untuk setiap item yang anda beli daripada kami. Ini disebabkan oleh terdapat beberapa ‘outlet’ yang tidak menyediakan ‘gift receipt’ untuk pembeli yang membeli secara banyak (bulk buyer) seperti kami. Untuk sesetengah kes, terdapat juga kemungkinan kami tersalah memadankan ‘gift receipt’ dengan setiap item yang kami beli disebabkan oleh terlalu banyak item, design, warna yang berlainan untuk kami padankan satu persatu. Selain itu, jika kami membeli sebarang item dari laman web ‘online’ seperti coachoutlet.com, fossil.com atau watchstation.com, tiada ‘gift receipt’ akan diberikan bersama item tersebut.

Untuk pengetahuan anda, ‘gift receipt’ tidak menentukan originaliti sesuatu item. Sila berhati-hati bahawa ‘scammer’ juga boleh membuat ‘gift receipt’ palsu, dan menggunakannya untuk mendakwa bahawa barangan mereka adalah original.

‘Authenticity card’ disediakan untuk barangan yang dijual di butik Malaysia sahaja. Di butik atau ‘outlet’ USA, mereka tidak menyediakan ‘authenticity card’.

Semua barangan outlet disertakan dengan ‘care card’. Tetapi, terdapat beberapa kes di mana ‘care card’ hilang walaupun di ‘outlet’. Jadi, kami memohon maaf kerana kami tidak dapat menjamin untuk memberikan anda ‘care card’.

Anda di alu-alukan untuk menghubungi kami melalui WhatsApp atau Telegram (Amal: 013-6429874). Kami sedia membantu anda.

Search Products:

Search Products: