Untuk pengetahuan anda, jenama Coach hanya ada 2 jenis kedai sahaja iaitu :
1 – Coach Outlet
2 – Coach Boutique
Coach Outlet pula ada 2 nama iaitu :
1 – Coach Factory Outlet (nama lama)
2 – Coach Outlet (nama baru)
Sebenarnya Coach Factory Outlet & Coach Outlet adalah kedai yang sama & 100% original.
Coach Factory Outlet ini adalah nama lama untuk Coach Outlet. Mulai beberapa tahun yang lalu, Coach Factory Outlet dah bertukar nama ke Coach Outlet. Tapi masih ada beberapa outlet yang masih kekal menggunakan nama Coach Factory Outlet sehingga sekarang. Contohnya Coach Factory Outlet di Oklahoma, USA.
Coach Factory Outlet ini BUKAN KILANG yang membuat barangan Coach. Tetapi ia adalah KEDAI yang menjual barangan Coach macam di JPO (Johor Premium Outlet) & GPO (Genting Premium Outlet).
Untuk pengetahuan anda, kilang Coach tidak akan sesekali jual barang direct kepada orang perseorangan (ala yang orang selalu sebut mereka dapat beli murah sebab ambil direct dari kilang tu). Hanya authorized retailer sahaja tau yang boleh jual barang dari kilang Coach. Contohnya macam Macys atau Dillard Store di USA.
Kesimpulannya,
Direct Kilang ≠Coach Factory OutletÂ
Istilah direct kilang tidak wujud dalam kamus seller barangan original yang sebenar.