SELECT BUY NOW PAY LATER DURING CHECKOUT TO PAY IN INSTALLMENT USING SPayLater OR mobypay PAYLATER Learn More

Kisah Amory yang Viral di Harian Metro

Kisah Amory yang Viral di harian Metro

Pada 16 Julai 2023, kisah Amory mendapat perhatian bila masuk dalam Harian Metro. Jujur, saya tak sangka cerita saya sebagai personal shopper dari USA boleh masuk surat khabar apatah lagi masuk ‘front page’! Artikel bertajuk “Setiap Kotak Bawa Duit” ni betul-betul menceritakan perjalanan bisnes saya dari awal hingga sekarang.

Engineer Hanya Sekadar Cita-cita

Sebenarnya, dulu saya pernah bercita-cita nak jadi engineer selepas habis belajar di Jepun. Tapi, perancangan Allah lebih hebat. Disebabkan hal-hal yang tidak diingini, saya hanya mampu buat bisnes online dari rumah. Saya masih ingat, kawan-kawan ayah pernah bertanya pada ayah “anak kau yang belajar dekat Jepun tu kerja apa sekarang?”. Jauh di sudut hati, saya tahu ayah mesti nak sangat tengok saya berjaya jadi engineer, tapi lain pula jadinya.

Waktu tu, saya rasa rendah diri sangat bila hanya boleh cakap pada orang lain yang saya hanya buat bisnes online. Tapi saya nekad untuk buktikan pada semua orang yang bisnes online ni pun boleh berjaya! Jadi, saya teruskan usaha tanpa fikir lagi kata-kata orang pasal saya.

Dari Whatsapp Ke Front Page Harian Metro

Satu hari, saya dapat mesej di Whatsapp dari wartawan Harian Metro bernama Izzati. Izzati berhajat untuk interview tentang bisnes personal shopper saya. Teruja saya dapat mesej tu! Saya fikir, “Okaylah, tak salah pun nak cuba.” Tapi dalam hati, saya rasa cerita saya ni biasa-biasa je, rasa macam tak mungkin pun dia nak publish. Lepas interview tu, saya teruskan sahaja bisnes macam biasa, tak mengharap sangat pun kisah saya akan keluar di Harian Metro.

Dua minggu selepas itu, saya dapat mesej dari wartawan yang sama. “Assalamualaikum Puan Amal. Alhamdulillah rezeki esok editor cakap dapat front page, jangan lupa beli ya metro ahad” Alhamdulillah, saya rasa macam tak percaya untuk rezeki ini! Bukan setakat masuk surat khabar, tapi kisah saya juga muncul di TV untuk beberapa saat. Walaupun sekejap je, ia tetap sesuatu yang sangat bermakna bagi saya. Kalau fikir balik, nak bayar iklan TV beberapa saat pun dah mahal kan?

Amory Berbeza dari Personal Shopper Lain

Sebagai personal shopper USA, saya bantu pelanggan dapatkan jenama terkenal seperti Coach, Michael Kors, dan Kate Spade dengan harga mampu milik, terus dari USA. Tapi apa yang buat Amory lain dari yang lain adalah cara saya pastikan produk sampai dengan selamat dan eksklusif. Dari packaging yang mempunyai ribbon yang cantik, bubble wrap yang tebal, semuanya dibuat untuk bagi pelanggan rasa macam dapat hadiah dari seseorang!

       

Tangisan Bermakna

Bila ayah saya dapat tahu berita ni, dia menangis kegembiraan! Saya tahu dia bangga dengan kejayaan yang saya capai hari ini. Ini adalah salah satu momen paling bermakna dalam hidup saya. Terima kasih kepada Harian Metro kerana beri peluang ni, dan kepada semua #AmoryLovers yang terus menyokong Amory sejak tahun 2014.

Baca Artikel Penuh di Harian Metro

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kisah saya dan Amory, boleh baca artikel penuh di sini: Harian Metro – Setiap Kotak Bawa Duit.

Jom Tengok Katalog!

Kalau anda nak dapatkan handbag berjenama dengan harga mampu milik, jom join katalog Amory di https://t.me/Amorypreorder. Terima kasih semua kerana menjadi sebahagian dari perjalanan Amory!

 

With Love, Amal Amory.

 

Related Posts

Search Products:

Search Products: