Menjelang perayaan Hari Raya, kegembiraan masyarakat bukan hanya terpancar dari suasana yang meriah, tetapi juga melalui penampilan yang menarik. Artikel blog ini akan membahas beberapa tips untuk membantu anda tampil mahal dan elegan pada Hari Raya tahun ini, dengan memanfaatkan apa yang anda miliki dan membuat pilihan bijak dalam berfesyen.
Tips 1: Audit Almari Pakaian Anda
Sebelum tergoda untuk membeli pakaian baru, check semula almari anda. Boleh jadi ada baju raya yang belum pernah dipakai, atau mungkin pakaian yang sudah tidak lagi muat ukurannya. Ini bukan hanya tentang penjimatan, tetapi juga tentang menghargai apa yang sudah anda miliki.
Tips 2: Explore Gaya Lama
Kadang-kadang gaya klasik lebih baik daripada trend terkini tau! Mungkin inilah masa yang tepat untuk mengorek semula koleksi baju kurung atau kebaya lama dari almari ibu anda. Fesyen sebenarnya adalah sesuatu yang berputar. Yang dulunya dianggap kuno, kini ia boleh membuatkan anda nampak segar dan relevan.
Tips 3: Pilih Baju Sesuai dengan Bentuk Badan
Kenali bentuk tubuh anda—adakah bentuk badan anda pear, rectangle, hourglass, atau apple. Anda hendaklah pilih pakaian yang ‘enhance’ kelebihan anda, bukan yang menyembunyikan atau malah menonjolkan kawasan yang anda ingin elakkan orang memberi perhatian terhadap kawasan itu.
Tips 4: Pilih Tudung Sesuai dengan Tona Kulit
Warna tudung yang betul dapat membuat wajah anda lebih berseri. Anda disarankan untuk ambil tahu undertone kulit anda, samaada cool, neutral, atau warm. Gambar di bawah menunjukkan cara-cara untuk tahu skin tone anda.
Tips 5: Melabur untuk Pakaian Klasik
Elakkan untuk mengikuti trend yang hanya bertahan satu musim. Pilihlah baju raya dengan design klasik yang tahan lama dan selalu stylish. Baju kurung tradisional atau kebaya boleh menjadi pilihan yang tak lekang oleh waktu.
Tips 6: Elakkan Impulse Buying
Rancang tema pakaian raya anda. Fikirkan ini sebelum membeli—apakah pakaian ini serasi dengan anda, baju ini anda akan selalu pakai atau tidak, dan apakah sesuai dengan bajet anda.
Tip 7: Mix and Match
Bermain dengan mix and match boleh menjadi solusi kreatif untuk penampilan yang baru tanpa harus mengeluarkan banyak wang. Gabungkan pelbagai pakaian dan warna yang anda miliki untuk menciptakan gaya yang fresh.
Tips 8: Minimalis dalam Aksesori
Kadang-kadang, “less is more” itu lebih baik, terutama ketika berbicara tentang aksesori. Gelang emas besar mungkin menarik perhatian, tetapi sering kali, hal tersebut dapat mengalihkan fokus dari keseluruhan penampilan anda. Memilih aksesori minimalis seperti anting-anting kecil, gelang halus, atau satu cincin dapat menambahkan sentuhan yang halus dan menyempurnakan penampilan anda. Ini tidak hanya membuat penampilan anda ‘sweet’ tetapi juga menunjukkan keanggunan dan kesopanan dalam gaya.
Tips 9: Kualiti Lebih Penting daripada Kuantiti
Prinsip ini sangat penting ketika memilih barang-barang seperti handbag. Handbag dari material faux leather mungkin terlihat menarik kerana harganya yang murah, namun seringkali kualitinya tidak tahan lama. Sebaliknya, handbag kulit asli yang mungkin sedikit lebih mahal, seperti Coach shoulder handbag yang digambarkan, akan bertahan lebih lama dan terlihat lebih mewah. Ini adalah pelaburan dalam penampilan anda yang juga menandakan kebijaksanaan dalam memilih barang-barang yang akan digunakan untuk jangka waktu panjang.
Nak handbag berjenama harga mampu milik? Jom shopping dengan Amory!