SELECT BUY NOW PAY LATER DURING CHECKOUT TO PAY IN INSTALLMENT USING SPayLater OR mobypay PAYLATER Learn More

9 Cara untuk Nampak Mahal & Elegan Semasa Hari Raya – Bahagian 2

 

Jom ambil tahu rahsia untuk meraikan hari raya dengan gaya yang tak akan lapuk dek zaman! Dalam artikel ini, admin akan menerangkan tips berguna untuk membuatkan penampilan anda kelihatan elegan dan ‘mahal’. Dari tudung yang anda pilih hingga aksesori yang menawan, jom kita belajar cara-cara untuk menggayakan momen istimewa di hari raya ini dengan penampilan yang berkelas.

 

1. Tudung: Elegan itu sederhana. Padankan tudung polos dengan baju bercorak untuk menciptakan kontra yang indah dan tak berlebihan. Anda hendaklah menjaga fokus pada detail baju anda tanpa diganggu oleh permainan warna atau corak pada tudung.

2. Tudung Bercorak: Ketika memilih tudung bercorak, anda hendaklah mencari corak yang kecil dan tak lebih dari tiga warna agar kelihatan rapi dan tidak mengalihkan perhatian orang dari keseluruhan penampilan anda. Corak yang berlebihan dapat menimbulkan kesan yang berat kepada si pemakai.

3. Tudung Sarung: Meskipun tudung sarung merupakan tudung sarung yang selesa & praktikal bagi sesetengah wanita, tudung sarung sebenarnya kurang memberikan kesan yang rapi kepada penampilan anda. Sebagai alternatif, shawl atau bawal yang digosok rapi dan dipakai dengan cara yang tepat & kemas dapat menambah kesan elegan terhadap pemakaian anda.

4. Makeup: Makeup bukan hanya tentang warna, tetapi ia amat penting untuk menaikkan seri wajah anda. Makeup yang natural dan fresh dapat meningkatkan keyakinan diri & menambahkan keanggunan wajah anda.

5. Pilihan Makeup Natural: Pilihlah makeup yang dapat menambahkan kecantikan natural anda. Contohnya seperti penggunaan bedak dan lipstik yang sesuai dengan warna kulit. Ini akan memberikan kesan yang tidak berlebihan namun tetap memukau.

6. Kasut: Tahukah anda kasut bertutup juga akan memberi kesan kaki yang lebih panjang? Yes it is!

7. Pemilihan Baju: Pakailah pakaian yang boleh menyamarkan bahagian yang anda ingin orang lain tidak memberi perhatian kepada bahagian tersebut. Pakaian yang terletak di badan dan sesuai dengan bentuk anda akan memberikan kesan yang lebih menawan.

8. Classic Handbag: Pilihlah handbag dengan design yang minimalis dan warna yang mudah untuk dipadankan dengan banyak baju untuk pelaburan jangka masa panjang.

9. Isi Handbag: Handbag yang terlalu penuh atau berat dapat mengganggu gaya dan keselesaan anda.

10. Handbag Berstruktur: Handbag yang berstruktur dapat memberikan kemudahan untuk anda mencari barang-barang di dalam beg. Ia juga dapat membuatkan barang di dalam beg anda kekal tersusun. Handbag yang lembik dan tidak berstruktur mungkin kelihatan menarik, tetapi ia tidak praktikal kerana memberikan kesan yang kurang rapi. Ia juga membuatkan anda sukar untuk mencari item yang penting di dalam beg contohnya seperti kunci kereta dan telefon bimbit anda.

Dengan memperhatikan setiap aspek dari kepala hingga ke kaki anda, anda tidak hanya akan tampil elegan, tetapi juga anda akan rasa selesa dan berkeyakinan tinggi sepanjang hari raya. Semoga tips ini menjadi inspirasi bagi anda untuk tampil minimalis dengan gaya yang mewah di hari raya ini!

 

Related Posts

Search Products:

Search Products: